Saturday, August 22, 2009

Kesabaran orang Melayu kian menipis

Gelagat sesetengah ahli politik alternatif tertentu kebelakangan ini cukup melampau. Institusi Raja-Raja Melayu dipolemikkan secara kurang ajar. Soal-soal pribumi dipertikaikan secara provokatif. Orang Melayu yang bersuara untuk mempertahankan hak-hak bangsanya dilabelkan sebagai rasis. Pihak-pihak yang membakar kemarahan orang Melayu mendabik dada dan menganggap dirinya sebagai pejuang kesaksamaan dan kesamarataan. Ironinya, ada juga segelintir pemimpin politik Melayu dan umat Melayu tertentu yang turut menyokong seluruh tindakan anti-Melayu ini kononnya atas dasar liberalisme dan pragmatisme.

Sebagai individu yang didewasakan di era penjajah dan kemudiannya menceburi alam kerjaya---profesional dan politik---di era merdeka, saya amat terganggu dengan perkembangan mutakhir ini yang bertitik tolak daripada apa yang didakwa sebagai era keterbukaan yang dilakukan sejak 2004.

Tetapi, ini tidak bererti saya menentang keterbukaan. Apa yang saya kesali hanyalah keterbukaan yang dilakukan semata-mata untuk menutup sesuatu kelemahan pimpinan tertentu, keterbukaan yang tidak secocok dengan tuntutan keselamatan negara, keterbukaan yang memberikan muka kepada pertubuhan haram tertentu walaupun ianya telah mengheret negara ini ke arena antarabangsa dengan tuduhan kononnya Perlembagaan Persekutuan adalah menindas sesetengah kaum, keterbukaan yang double-standard di mana anak-anak muda di Terengganu diburu ”ibarat sampai ke lubang cacing” kononnya atas jenayah membakar Jalur Gemilang sementara penunjuk perasaan di sebuah ladang babi di Melaka yang menginjak-injak Jalur Gemilang di hadapan sekumpulan pegawai pemerintah dibiarkan bebas tanpa hukuman, keterbukaan yang mengizinkan peguam pemerhati untuk mengujjah perbicaraan kes murtad, keterbukaan yang menghalalkan hukuman selektif ke atas individu tertentu yang terbukti terbabit dengan rasuah politik, keterbukaan di mana individu yang terbukti rasuah masih dikekalkan dengan tanggungjawab memimpin negeri dan rakyat, keterbukaan di mana soal kronisme dilindungi dan kebenaran disanggah secara habis-habisan walaupun tindakan itu telah melunturkan keyakinan segolongan rakyat terhadap pemerintah.

Keterbukaan ini sedang menjadi senjata yang makan tuan. Mangsanya adalah orang Melayu dan umat Islam. Sebilangan orang Melayu di sebuah negeri tertentu dikatakan sedang beramai-ramai meninggalkan parti politik mereka untuk mendampingi sebuah parti yang baru. Hak-hak Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan. Kerajaan dituduh sebagai pendukung dasar apartheid. Bumiputera dipanggil babiputra. Hak orang Melayu menerima biasiswa yang dilindungi oleh perlembagaan diasak dan didesak atas prinsip meritokrasi. Urusan pentadbiran Islam di sebuah negeri tertentu diganggu-gugat oleh sesetengah pihak bukan Islam. Tulisan Cina dan Tamil cuba dimasyarakatkan menerusi papan tanda jalan (walaupun gagal untuk dilaksanakan, percubaannya cukup simbolik untuk membuktikan niatnya!).

Pada waktu yang sama, undang-undang preventif seperti ISA diperjuangkan secara bermati-matian supaya dimansuhkan. Pihak yang mempertahankannya walaupun dengan beberapa cadangan untuk pindaan yang wajar, dituduh sebagai kuno dan anti hak asasi kemanusiaan sejagat. Pihak yang cuba menansuhkan ISA atas alasan yang cetek dan tanpa memahami rasional penting undang-undang ini pula disokong dan dilonjakkan sebagai wira.

Ke mana akhirnya Malaysia, orang Melayu, umat Islam dan bumiputra jika perkembangan mutakhir seperti ini terus berlarutan? Jika Lee Kuan Yew yang mempertikaikan seluruh hak Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1964, kita faham mengapa beliau bertindak sedemikian. Beliau memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia dan tergamak mengguris hati dan jiwa orang Melayu pada ketika itu atas desakan elemen-elemen komunis yang menganggotai PAP. Tetapi, apakah rasional terkini yang menyebabkan elemen-elemen Malaysian Malaysia kembali menggugat orang Melayu pada hari ini? Adakah ini bermakna bahawa sesetengah parti politik tertentu di negara ini sedang melalui renaissance anti-Melayu kerana kerajaan yang memberikan keterbukaan mulai 2004 kini dianggap lemah dan boleh diugut serta digugat secara berterusan?

Jika tidak begitu hakikatnya, mengapakah kini wujud kebimbangan di kalangan sesetengah pihak orang Melayu bahawa negara ini mungkin akan menghadapi satu lagi tragedi kaum tidak lama lagi? Saya persoalkan kemungkinan ini bukan untuk menghasut. Tetapi, apabila ada pihak sudah tergamak untuk menulis---biarpun secara bertopeng dan menerusi blog clandestine---bahawa bumiputra adalah babiputra, bila secara terang-terangan hak-hak bumiputra dan Melayu dipertikaikan pada setiap masa, tidak mungkinkah ada golongan bumiputra yang akan menerima provokasi ini menerusi manifestasi keganasan? Dan, jika Raja-Raja Melayu pun sudah mengulangi semula wasiat keramat yang menunjangi kemerdekaan tanah air ini pada 1957 supaya wasiat itu difahami dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, salahkan untuk sesiapa yang prihatin untuk mentafsir bahawa keadaan etnisiti di negara ini memang sedang menuju suatu musibah yang serius?

Inilah cabaran terbesar di Malaysia pada hari ini. Di samping masalah perut rakyat yang sentiasa digugat oleh konstrain ekonomi, di samping retorika pemerintah yang masih belum menyelesaikan soal perut dan sandang-pangan rakyat dengan sepenuhnya, di samping perasaan sesetengah orang Melayu yang kini sedang diancam keterbukaan songsang mulai 2004, inilah cabaran yang mesti diakui sebagai ancaman utama dalam tempoh terdekat ini.

Lantas, apakah objek rujukan untuk menangani perkembangan seperti ini? Apakah nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan di sini? Bagaimanakah kerajaan selaku securitizing authority kepada keselamatan negara akan bertindak dalam situasi seperti ini? Dan, apa pula pendekatan terbaik dan berkesan untuk menghapuskan fenomena ini? KEPADA ALLAH BESERAH!

Friday, July 3, 2009

Perlembagaan Payung Keselamatan Rakyat

Kerajaan perlu menghayati semula Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sebelum meminda mana-mana akta keselamatan negara, khususnya ISA. Kedua-duanya memperuntukkan kuasa mecegah perbuatan subversif, kekerasan terrancang, perbuatan serta jenayah yang memudaratkan awam, dan mengenai kuasa-kuasa darurat.

Dalam konteks kajian keselamatan kontemporari, kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjamin keselamatan negara, keselamatan politik, keselamatan rejim, keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi, serta aspek acaman yang dijangka muncul (perceived threats) dan keselamatan bukan tradisional seperti terorisme, sabotaj, ekstremisme, cauvinisme dan pengkhianatan terhadap negara.

Seluruh aspek ini dikaji secara serius, meluas dan mendalam sejak awal tahun 1990-an, setelah meletus beberapa konflik etnik yang menyebabkan peperangan di era pasca Perang Dingin. Antara kajian ini terkandung dalam buku-buku Buzan (1991), Buzan, Waever, De Wilde (1998), Scherrer (2003), Mackerras (2003), Guzzini & Jung (2004), Sheehan (2005), dan Booth (2007).

Perkara 149 dan Perkara 150 juga adalah lambang keprihatinan pemimpin Malaysia pelbagai kaum yang proaktif dan futuristik terhadap perceived threats dan ancaman bukan tradisional yang terbukti dengan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

Keselamatan Politik

Keselamatan politik merangkumi keupayaan organizational sesebuah negara, sistem kerajaan dan ideologi yang melegitimasikan kerajaan berkenaan (Buzan 1991:19). Aspek ini di Malaysia dihuraikan dalam Perkara 149(1)(b) yang mencegah tindakan “membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang diPertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan,” dan Perkara 149(1)(d) yang melarang tindakan ”untuk mendapatkan diubah, dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang.” Ini kerana Yang diPertuan Agong adalah lambang demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan, dan usaha merobah kerajaan secara demokratik adalah mencanggahi amalan demokrasi.

Keselamatan Masyarakat

Keselamatan masyarakat adalah mengenai kemampanan pola tradisional bahasa, kebudayaan dan agama serta identiti dan adat resam dalam suatu keadaan yang melalui evolusi (Buzan 1991:19). Dalam konteks yang seluas-luasnya, aspek keselamatan masyarakat juga merangkumi keselamatan insan, keselamatan pribumi, keselamatan etnik dan keselamatan identiti. Hal ini dilundungi oleh 149 Perkara 149(1)(a) yang mencegah tindakan “menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu,” Perkara 149(1)(c) yang mencegah perbuatan “mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan,” dan Perkara 149(1)(f) yang melarang tindakan “mendatangkan mudarat ketenteraman awam atau keselamatan, dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.”

Ini membuktikan bahawa ISA yang bersumberkan Perkara 149 dan 150 bukannya undang-undang, seperti kata Lim Kit Siang (1978:180), yang menjadi instrumen politik untuk melenyapkan pengkritik kerajaan, ketua parti pembangkang, pemimpin pelajar dan peneraju kesatuan sekerja.

Sebaliknya, Perkara 149 dan 150 serta ISA adalah instrumen undang-undang yang menghalalkan tindakan sesiapa juga yang memerintah Malaysia secara demokratik untuk melindungi keselamatan rakyat supaya identiti mereka tidak terjejas, konflik etnik dapat dibendung dan keganasan etnik dapat dielakkan.

Keselamatan Ekonomi

Keselamatan ekonomi adalah melibatkan akses kepada sumber-sumber, kewangan dan pasaran yang diperlukan untuk memelihara tahap kebajikan rakyat dan kuasa negara (Buzan 1991:19). Aspek keselamatan ini termaktub dalam Perkara 149(1)(a) yang melarang tindakan “kekerasan yang dirancang terhadap harta”, Perkara 149(1)(e) yang memfokus kepada tindakan yang “mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam atau keselamatan dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,”dan Fasal 8(1) ISA yang khusus mengenai tindakan individu yang “boleh mendatangkan mudarat kepada penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalam negara atau kepada kehidupan ekonominya.”

Keselamatan Rejim


Seluruh peruntukan dalam Perkara 149 dan Perkara 150 serta ISA juga memberikan perlindungan kepada keselamatan rejim. Konsep ini memfokus kepada negara, individu, dan kumpulan sosial yang wujud dalam sesebuah negara. Antara nilai-nilai teras yang dipertahankannya adalah ideologi politik pemerintah, perpaduan etnik, keharmonian agama, institusi raja, pembangunan dan kemakmuran.

Ini membuktikan konsep ini hampir serupa dengan konsep keselamatan politik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi. Keselamatan rejim disifatkan sebagai keselamatan kerajaan (Buzan 1985) kerana konsep ini penting kepada kelangsungan negara Dunia Ketiga, khususnya bila wujud masyarakat majmuk yang tidak berkongsi nilai dan kepentingan nasional yang serupa.

Keselamatan Pribumi

Konsep keselamatan pribumi dihuraikan secara tidak langsung menerusi konsep keselamatan etnik dan identiti. Oleh sebab itu, antara cabang keselamatan masyarakat yang dihalusi oleh Buzan serta rakan-rakannya di Copenhagen Peace Research Institute (COPRI) adalah mengenai migrasi serta dampaknya kepada pribumi. Menurut Sheehan (2005:92), Buzan menyifatkan migrasi sebagai ancaman kepada masyarakat (pribumi), bukan kepada negara, dan mulai 1990-an, isu migrasi didilabelkan sebagai ancaman keselamatan.

Pendapat ini membuktikan masalah keselamatan pribumi adalah isu penting mutakhir ini. Scherrer (2003:95-97) menyatakan, serangan berterusan terhadap elemen-elemen mengenai identiti sesuatu kelompok mewujudkan penentangan yang mendorong pemberontakan; perbuatan mempolitikkan etnisiti makin bertambah; dan etnisiti terus menjadi elemen dalam sesuatu pertelingkahan sosial.

Tindakan Proaktif

Pejuang kemerdekaan tanah air yang pelbagai kaum berfikiran jauh bila identiti pribumi Malaysia dikonstruk secara berperlembagaan menerusi Perkara 160, Perkara 161A, (6)(a)), 161A(7) dan 161A(6)(b) Perlembagaan Persekutuan; dan konsep kewarganegaraan bagi bukan pribumi pula dikonstruk menerusi Perkara 14, 15, 15A, 16, 16A, 18, 19 dan 22 Perlembagaan Persekutuan serta digandingi oleh prinsip muafakat dan toleransi supaya mereka turut mendukung prinsip kehidupan secara aman, rukun dan damai.

Etnik keturunan Cina yang membangkang huraian ini wajar membaca beberapa buku mengenai etnisiti, termasuk Ethnicity in Asia (Mackerras (2003), yang membuktikan etnisiti di Malaysi adalah lebih baik berbanding layanan kepada kaum minoriti di China, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pelindung Rakyat

Kesimpulannya, tragedi 13 Mei yang meletus setelah tidak wujud lagi ancaman komunis dan konfrontasi, adalah disebabkan adanya kelompok politik menyemarakkan isu etnisiti menerusi kritikan terhadap beberapa peruntukan mengenai pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan. Tragedi ini boleh berulang berasaskan faktor-faktor yang dihuraikan di atas. Ia juga boleh meletus kerana soal-soal hak asasi dan kebebasan asas kini digandingkan dengan isu-isu etnisiti.

Wacana mengenai hak-hak asasi ini muncul dalam pelbagai bentuk, termasuk hak-hak sivil, politik, etnik dan demokrasi.Ia terbahagi kepada aliran universalis yang popular di Barat dan aliran komunitarian yang wujud di Asia (Mackerras 2003:4-5). Aliran universalis menitikberatkan hak sesuatu kelompok. Mereka ketepikan elemen sejarah dan permuafakatan kaum di Malaysia serta enggan mengambilkira dampak perjuangannya kepada keselamatan negara dan rakyat.

Gerakan ini kian menonjol di Malaysia. Kes-kes membabitkan Islam diheret ke mahkamah sivil. Keistimewaan pribumi terus dipolitikkan. Bahasa Melayu mahu disinonimkan dengan bahasa etnik lain, termasuk untuk kegunaan di papan tanda jalan. Ini membuktikan kebenaran hujah bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika fenomena aliran universalis dalam memperjuangkan isu etnisiti di Malaysia tidak dibendung secara berkesan.

Ini juga membuktikan Perkara 149 dan 150 Perlembagaan Persekutuan serta ISA adalah pelindung kepada seluruh peruntukan perlembagaan mengenai pribumi yang masih dipolitikkan oleh sesetengah pemimpin parti politik di negara ini. Ia juga memperkukuhkan hujah bahawa seluruh peruntukan perlembagaan mengenai Agama Islam, Raja-Raja Melayu, orang Melayu, Bumiputera, dan Bahasa Melayu tidak akan mencetuskan konflik etnik seperti tragedi 13 Mei jika kesemuanya tidak dijadikan permainan kuasa oleh segolongan pemimpin politik dan pertubuhan sivil.

Lantaran itu, orang Melayu dan Bumiputera tidak harus terpengaruh dengan dakyah bahawa ISA yang bersumberkan Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah akta yang memindas rakyat. Bukan Melayu dan bukan Bumiputera juga perlu memahami hakikat ini kerana jika negara dilanda konflik etnik, mereka juga turut terjejas, keselamatan ekonomi tidak terjamin, keselamatan etnik juga turut tergugat.

Orang Melayu, umat Islam dan bukan Bumiputera di Malaysia juga perlu bersyukur dengan kewujudan Perkara 149 dan Perkara 150 yang menjadi sumber kepada ISA dan lain-lain undang-undang keselamatan kerana kesemuanya adalah payung kepada keselamatan negara dan rakyat.

Kerajaan tidak wajar memansuhkan seluruh undang-undang ini. Sebarang pindaan yang wajar dilakukan tidak boleh mengkompromikan Perkara 149 dan 150 yang melindungi kepentingan serta kelangsungan pribumi, rakyat bukan pribumi dan lain-lain peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sunday, June 21, 2009

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?

SAYA terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini. 

Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanah air tercinta ini.

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.

Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam. 

Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.

Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas? 

Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). Janganlah kamu gelap mata pada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. 

Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segalanya yang kamu lakukan."

Ayat di atas juga menyarankan umat Islam tidak boleh terburu-buru berprasangka buruk. Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO. 

Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan:

"Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?"

KHAIDIR AHMAD

Wednesday, June 10, 2009

Melayu Memang Amat Rindu Kepada Perpaduan

Gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh PAS adalah inisiatif optimistik. Ini kerana perpaduan siasah Melayu adalah teras kepada kemantapan siasah negara. Bila siasah Melayu kembali intim, bagai aur dengan tebing, lenyaplah kelompok oportunis yang selama ini melukut di tepi gantang atau menangguk di air keruh.

Hati pemimpin besar UMNO dan PAS kini hampir bertaut untuk merealisasikan gagasan ini. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bersikap terbuka terhadap gagasan berkenaan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menegaskan, partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam (Utusan Malaysia 8.6.2009).

Hadi juga yakin gagasan tersebut mampu menyelesaikan masalah negara. Katanya, gagasan ini juga adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan (Utusan Malaysia 6.6.2009).

Lantaran itu, gagasan ini wajar disokong oleh orang Melayu yang memang amat merindui perpaduan tulen lagi abadi. Sokongan ini penting. Survival bangsa Melayu hanya dapat dikekalkan jika wujud kesatuan hati di antara sesama Melayu. Bangsa Melayu juga hanya boleh terselamat jika kuat. Dan, hanyalah boleh kuat jika bersatupadu (Datuk Onn Jaafar, 1.3.1946).

Oleh sebab itu, seluruh orang Melayu wajar juga mengiringi usaha merealisasikan gagasan ini dengan jutaan doa dan harapan. Cendikiawan Melayu perlu membantu proses mengartikulasikan gagasan ini dari segi roh, jiwa, semangat, falsafah dan formatnya.

Pihak-pihak yang berhasrat untuk membangkang, insaflah bahawa gagasan ini adalah demi kepentingan Melayu yang kebelakangan ini diprovokasikan kesabarannya dan dihiris jiwanya oleh sesetengan elemen bukan Melayu.

Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada perpaduan. Kesediaan pemimpin parti-parti politik Melayu untuk bertemu dan bermusyawarah sudah lama ditunggu setelah pertarungan politik menjerumuskan masyarakat Melayu di negara ini ke gaung perpecahan yang membimbangkan (Mustapa Mohamed 2001:73).

Gagasan kerajaan perpaduan ini masih samar-samar. UMNO dan PAS, dengan bantuan intelektual Melayu, perlu menghalusi seluruh kaedah, konsep dan teori yang serasi. Mereka wajar merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Nabi. Mereka juga boleh melakukan kajian perbandingan berasaskan apa juga pandangan yang merujuk kepada gabungan serta kerjasama politik di seluruh dunia.

Banyak ruang yang perlu diterokai dan banyak aspek yang perlu didihalusi oleh UMNO dan PAS. Proses ini memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran paling maksimum.

Pertama, adakah kerajaan perpaduan ini bermatlamat untuk melakukan satu koreksi total terhadap segala kepincangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya relevan dengan tuntunan zaman mutakhir ini?

Kedua, adakah kerajaan pepaduan ini bertujuan untuk mendorong UMNO dan PAS supaya menjadi lebih dedikated, fokus dan sensitif kepada permasalahan pribumi Malaysia dalam konteks kemajmukan masyarakat Malaysia hari ini?

Ketiga, adakah penubuhan kerajaan perpaduan ini memerlukan satu emansipasi serta perubahan struktur yang radikal dalam organisasi UMNO dan PAS? Mungkinkah konsep kerajaan berkenaan memerlukan UMNO dan PAS dibubar dan dijelmakan semula menerusi satu wadah, imej, fokus, keutamaan, aspirasi, falsafah serta kombinasi aktor perjuangan yang baru?

Keempat, adakah kerajaan perpaduan ini merupakan kerajaan gabungan yang longgar atau satu ikatan yang erat seperti yang diamalkan oleh BN sejak 1 Julai 1974?

Kelima, bagaimanakah reaksi komponen bukan Melayu dalam BN mengenai gagasan ini? Bagaimana pula respons rakan seperjuangan PAS dalam PR mengenai gagasan yang sama?

Selain itu, wajar dipersetujui bentuk-bentuk manfaat, faedah dan ganjaran untuk semua pihak terbabit. Ini bukan soal remeh. Pengalaman di beberapa negara tertentu, soal-soal inilah yang lazimnya mencetuskan perbalahan antara komponen sesuatu gabungan sehingga menyebabkan keretakan dan perpecahan.

Dalam hal ini, UMNO, PAS dan BN wajar menyetujui prinsip-prinsip pembahagian kuasa di antara mereka. Contohnya, tidakkah PAS layak diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri Kedua? Kementerian manakah yang akan dikendalikan oleh menteri penuh daripada PAS?

Mungkinkah komponen BN akan mengizinkan UMNO dan PAS berperanan utama dalam mewujudkan pelbagai dasar sosio-ekonomi yang affirmatif dan lebih berorientasikan syara’? Apa pula ciri-ciri keseimbangan yang akan diwujudkan untuk mencerminkan kemajmukan Malaysia dalam konteks ini?

Sebagai strategi tempoh sederhana dan jangka panjang, UMNO dan PAS juga wajar mengemukakan satu blue-print bersama mengenai sosialisasi dan integrasi siasah bagi seluruh anggota mereka di peringkat akar umbi. Ini adalah untuk meleburkan sikap permusuhan siasah yang wujud selama ini supaya semangat ukhwah yang baru boleh ditransformasikan menjadi tenaga perjuangan yang jitu demi Islam dan Melayu.

Semua pandangan di atas hanyalah satu hipotesis. Bagaimanapun, ianya adalah berdasarkan observation peribadi saya terhadap kegagalan gabungan UMNO dan PAS dalam BN sebelum ini.

Contohnya, antara faktor utama yang menggagalkan perpaduan UMNO-PAS dalam BN sebelum ini adalah percakaran siasah yang wujud daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian kerusi dalam sesuatu pilihan raya umum, pembahagian kerusi dalam kabinet, pembahagian jawatan di peringkat negeri dan daerah, serta petembungan sefera (spherre) pengaruh politik di peringkat akar umbi.

Oleh itu, soal pengaruh politik dan soal manfaat, faedah dan ganjaran ini wajar dihalusi secara tuntas dan rinci. Soal-soal strategik membabitkan orientasi, fokus serta falsafah BN yang baru juga perlu dibereskan secara telus dan jujur.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10). 

Sunday, May 10, 2009

Rebut peluang ceburi bidang ternakan

 Masyarakat terutamanya golongan belia yang masih menganggur disaran menceburi bidang pertanian dan penternakan yang dapat memberi pulangan yang lumayan.

Selain itu, mereka yang telah mengusahakan bidang itu secara sara diri juga boleh beralih kepada komersial untuk menambah pendapatan keluarga.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan Desa dan Pertanian negeri, Amirudin Yusof berkata, orang ramai perlu merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan hari ini untuk menceburi dan meningkatkan penghasilan produk pertanian dan ternakan negara.

Katanya, tanpa mengira latar belakang pelajaran, semua golongan masyarakat mampu menyumbang kepada bidang pertanian.

''Bidang pertanian ini mampu diceburi sesiapa sahaja sama ada yang berpelajaran tinggi atau sebaliknya tetapi perlulah mempunyai semangat yang tinggi.

''Mereka yang telah menceburinya pula jangan hanya melihatnya sebagai penanaman sayur-sayuran atau padi untuk kegunaan sara diri semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus berusaha meningkatkan hasil untuk dijual bagi mendapat pulangan yang lebih baik.

''Penternakan juga termasuk dalam bidang pertanian seperti ternakan lintah yang semakin mendapat permintaan dengan pendapatan yang lumayan," katanya.

Beliau berkata, selain ternakan ayam, itik, puyuh, ikan keli dan haruan, penternakan lintah juga semakin popular dan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pada masa ini.

''Saya lihat ternakan lintah, burung walit atau layang-layang dan cacing umpamanya, telah berjaya menjangkau ke pasaran luar negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar golongan beliau terutamanya supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam suasana ekonomi yang tidak begitu baik ketika ini.

''Kalau ada tanah di kampung, baliklah dan manfaatkan setiap ruang tanah yang ada dengan tanaman dan ternakan sesuai daripada terus menganggur tanpa sebarang pendapatan," katanya.

Sunday, May 3, 2009

Panji-panji Kebesaran Anwar Dalam Pas

penulis:Adam Jalil

Pemilihan pucuk pimpinan baru Parti Islam se-Malaysia (Pas) akan datang hampir pasti menyaksikan kemenangan bergaya Husam Musa sebagai Timbalan Presiden.

Sungguhpun pelbagai nama telah disebut dan dicalonkan, namun akhirnya pemilihan tersebut antara dua sahaja iaitu antara YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang emwakili golongan Melayu Islam moderat dengan YB Husam Musa yang mewakili kumpulan Islam liberal dalam Pas.

Ustaz Nasharuddin telah dicop oleh sebahagian taksuban Pas sebagai pengkhianat jamaah kerana mengadakan perbincangan sulit dengan bekas Menteri Besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo untuk mewujudkan kerajaan perpaduan BN-Pas di Selangor selepas keputusan pilihan raya lalu diumumkan.

Ustaz Nasharuddin juga dikatakan telah berusaha melakukan perkara yang sama di Perak demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu di kedua-dua negeri ini.

Seperti diketahui umum juga, ketika Presiden Pas, Haji Hadi Awang dan "orang kuat parti" Mustafa Ali bersetuju dengan perbincangan tersebut, kumpulan Islam Liberal dalam Pas seperti Husam, Takiyuddin, Kamaruddin Jaafar berjaya mempengaruhi Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dewan Ulama untuk menolak agenda kumpulan islam moderat ini. 

Kumpulan Islam Liberal ini mewakili kepentingan agenda Anwar dalam Pas dan sentiasa berada dalam lingkungan Nik Aziz. 

Mereka sedar hala tuju Pas hanya ditentukan oleh Nik Aziz. Kepimpinan lain tiada pengaruh yang besar kecuali Nik Aziz. 

Nik Aziz telah membina satu aura yang cukup kuat dalam Pas sehinggakan keputusan beliau dianggap terbaik. Sesiapa yang dilihat ditentang atau tidak direstui oleh Nik Aziz maka hampir pasti akan kalah atau kehilangan pengaruh.

Demikianlah nasib Nasaruddin Mat Isa. Beliau tidak lagi dilihat sealiran dengan Nik Aziz. Sama ada benar atau tidak adalah persoalan lain. Namun sekurang-kurangnya itulah yang cuba digambarkan oleh kumpulan pro Anwar ini.

Barisan kepimpinan Pas akan datang bakal dibarisi oleh kumpulan pro Anwar atau pun dikenali sebagai puak Endrogan. 

Sebenarnya istilah endrogan tidak tepat kerana kumpulan pro Anwar dalam Pas ini sebenarnya sedang melacurkan Islam untuk kepentingan Anwar.

Kumpulan ini turut dianggotai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Jika pembaca masih ingat Khalid Samad inilah yang berucap dalam sebuah gereja di Shah Alam menyokong tuntutan kumpulan agama kristian untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam bible bahasa Melayu mereka.

Ironinya, suatu ketika dahulu Pas Shah Alam juga yang membantah dan menentang pembinaan sebuah gereja tersebut di Shah Alam. Wang Anwar dan kuasa yang beliau dapat telah melupakan perjuangan asal Pas.

Anwar akan berhabis-habisan untuk memastikan orang-orangnya dalam Pas akan menang dalam pemilihan kali ini.

Mengapa Husam pasti menang? Selain sokongan Nik Aziz, Husam juga akan mendapat sokongan kewangan yang besar dari Anwar untuk kempen kali ini. Husam merupakan antara tokoh utama mengamalkan politik wang dalam pemilihan lalu. 

Nasharuddin pula dalam keadaan yang amat lemah. Beliau tidak mendapat sokongan Nik Aziz kerana sikapnya yang "kurang gemar" terhadap Anwar Ibrahim. 

Lebih penting beliau dikenali sebagai tokoh yang bersih dalam pemilihan Pas sejak dahulu lagi. Kemenangan beliau sebelum ini kerana beliau dilihat sebagai pemimpin muda Pas yang mempunyai karisma dan kredebiliti. 

Pemilihan Pas kali ini bukan lagi isu siapa yang akan membawa panji-panji perjuangan Islam atau parti tersebut. 

Isu kali ini ialah siapa yang bersedia membawa panji-panji Anwar Ibrahim maka beliaulah akan dimahkotakan sebagai generasi baru kepimpinan Pas.

Saturday, May 2, 2009

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.


Ibrahim Ali
25 April 2009

AL-FATEHAH BUAT WANITA PERTAMA SARAWAK DAN TAKZIAH KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK SEKELUARGA

Wanita Pertama Sarawak, Datuk Amar Puan Sri Hajah Dr. Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pulang ke rahmatullah di kediamannya di Demak Jaya, Kuching, jam 3.45 petang tadi. Almarhumah, 68, meninggalkan empat orang anak.

Sesungguhnya kepulangan Almarhumah adalah satu kehilangan yang besar. Kami mendoakan semoga roh Almarhumah akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan berada di kalangan orang yang solehah jua.

Pehin Seri Tan Sri Taib serta anak-anak, iaitu Jamelah, Mahmud, Rahman dan Hanifah serta keluarga masing-masing, saya sekeluarga amat bersedih di atas kembalinya Almarhumah ke rahmatullah. Sembah salam takziah dan salam takzim Pehin Seri Tan Sri Taib dan salam hormat kepada seluruh anggota keluarga. Ucapan Takziah khas buat Abang Azis & Pg Mariam. Al-fatehah!

Monday, March 30, 2009

TAHNIAH BUAT KJ


Salam dan ucapan jutaan tahniah tak terhingga buat Y.B. Sdr. Khairy Jamaluddin (KJ) yang telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun sebelum ini KJ dihujani pelbagai tohmahan dan cemuhan oleh ahli UMNO sendiri, ternyata KJ masih lagi dapat bertahan dan bersabar. Beliau tidak pernah melatah dengan menangkis segala tohmahan, hanya sekali sekala sahaja menjawab pelbagai spekulasi yang sengaja diciptareka bagi menjatuhkan beliau.

Sejarah  penglibatan KJ dalam UMNO cukup unik. Beliau telah menarik perhatian Y.B. Datuk Sri Hishammuddin pada tahun 1999 ... iaitu sebelum beliau menjadi menantu Pak Lah lagi. Mungkin kerana bintangnya yg cukup bersinar, beliau menjadi cemuhan para pendengki di dalam UMNO sendiri.

Walaupun umur KJ baru sahaja 33 tahun, namun titi jawatan beliau dalam pemuda perlu kita tengok. Bermula sebagai Ajk dalam Pemuda UMNO Malaysia, kemudian terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia, dan seterusnya bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta kini naik kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tertibnya diikuti.

Saya sendiri mula mengenali KJ pada tahun 2000, sewaktu beliau dilantik dalam Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia. Pada waktu itu, saya merupakan Ahli Exco, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Putra Malaysia. Waktu tersebut amat sukar, hanya 5 kerusi daripada 39 yang dipertandingkan adalah pro- Kerajaan, selebihnya 34 adalah pro pembangkang (PAS). Pada waktu menjadi Exco MPP, saya telah melibatkan diri dalam beberapa program Pemuda UMNO yang turut disertai oleh KJ. Dapatlah berbual dan beramah mesra dengan beliau. 

Sebelum pemilihan baru-baru ini, saya juga telah menghadirkan diri dalam beberapa perjumpaan KJ dengan para perwakilan pemuda, sempat juga saya berbual dengan beliau. 

KJ yang saya kenali 9 tahun dahulu (sebelum menjadi menantu PM), itu lah KJ yang saya kenali hari ini. Tiada sifat sombong sebagai menantu PM, tiada sifat angkuh, tetap "down to earth" seperti saya kenali dahulu! Tahniah KJ kerana masih berperwatakan seperti dahulu. Ini lah pemimpin yang kita cari.

Sesungguhnya Malaysia memerlukan pemimpin muda yang berjiwa kental, mudah didampingi dan berhemah seperti KJ. "Setiakawan"; itulah motto beliau. Memang beliau ingat akan kawan lama, seperti mana beliau masih ingat kepada saya hari ini.

TAHNIAH buat Chief KJ !!!

(Dr.) Ariff

Pemuda risau disisih penyokong KJ

Dalam kesibukan kempen tiga pilihanraya kecil sekarang, timbul kebimbangan di kalangan penyokong dua bekas calon ketua Pemuda Umno kemungkinan mereka bakal dipinggirkan oleh kumpulan ketua baru pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Dalam persaingan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Minggu lalu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memperolehi undi kedua terbanyak (254), mengatasi seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir (232). 

Khairy menang dengan mendapat 304 undi.

Kemenangannya itu disambut dengan bantahan "boo" para perwakilan di perhimpunan Umno dan jeritan "rasuah" para penyokong dua calon yang tewas (foto atas). 

Susulan reaksi negatif tersebut, tindakan Pemuda Umno Selangor – dianggap penyokong kuat Dr Mohamad Khir – menghantar jentera kecil ke Bukit Gantang menimbulkan tanda tanya sama ada rasa marah terhadap Khairy belum reda.

Difahamkan, hanya sembilan daripada 22 bahagian pergerakan Pemuda dari Selangor dihantar membantu kempen calon Umno, Ismail Safian, di kawasan parlimen tersebut. 

Calon BN itu berdepan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, bekas menteri besar Perak, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris pada 7 April ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua Pemuda Selangor, Shukor Idrus menjelaskan, mereka menghantar jentera dalam jumlah kecil kerana "kempen menggunakan jentera tempatan (Umno negeri) lebih berkesan".

"Kita tidak mahu menang sorak kampung tergadai. Jentera kita (Selangor) akan bertugas memantau terus di peti-peti undi," katanya, sambil menambah jenteranya memberikan lebih tumpuan merampas kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu.

Diketuai Pemuda Umno Kuala Selangor, tambahnya, Pemuda negeri itu menghantar 36 ahlinya – atau empat wakil dari setiap bahagian – bagi bekerjasama dengan ahli akar umbi Umno di Perak.

Diminta mengulas rasa tidak berpuas hati penyokong Dr Mohamad Khir dan Mukhriz, beliau mengakui terdapat penyokong dua bekas calon itu yang masih “baran” tetapi, tambahnya, keadaan sudah beransur-ansur pulih.

"Kita harapkan KJ (Khairy) dan penyokongnya tidak melabelkan penyokong Dr Khir dan Mukhriz. KJ, kita yakin beliau (pemimpin) matang, tetapi penyokong beliau kena matang juga. 

"KJ kena nasihatkan penyokongnya,” kata Shukor, juga wakil rakyat Kuang.

Sementara exco baru Pemuda Umno, Lokman Noor Adam berkata, ketidakpuasan segelintir ahli pergerakan itu terhadap Khairy merupakan "fitrah manusia".

Bagaimanapun, katanya, apabila exco Pemuda bermesyuarat sehari selepas Khairy terpilih, mereka semua sepakat memberikan sokongan kepada kepimpinannya dan rasa tidak puas hati itu akan reda dengan sendirinya.

"Apabila yang di atas tidak ada masalah. Yang di bawah akan ikut," katanya, bekas setiausaha Pemuda PKR (dulu dikenali Parti Keadilan Nasional).

Lokman menjelaskan, kesediaan jentera pergerakan itu, setakat ini, di Bukit Gantang kira-kira 70 peratus.

Katanya, perkara itu disebabkan suasana pilihanraya kecil yang masuk hari kedua masih perlahan. Beliau percaya ia akan bertambah dari masa ke semasa.

Mengulas strategi kempen Pemuda Umno, beliau berkata, pergerakan itu cuba mengikis ahli Pemuda dengan "imej (mat) motor dan poster", sebaliknya turut melibatkan mereka dalam pelbagai jenis kempen.

"Kita percaya orang muda ada idea-idea baru yang juga boleh disumbangkan melalui pelbagai cara, seperti kempen menggunakan mulitimedia dan SMS," katanya, yang kini sedang berkempen di kawasan parlimen itu.

Sunday, March 15, 2009

MB, exco S'gor isytihar harta

Selangor hari ini mengumumkan pemilikan aset menteri besar dan barisan exconya dalam tempoh setahun sejak Mac 2008 di laman web rasmi kerajaan negeri. 

Laman web itu - www.selangor.gov.my - memuatkan maklumat aset selepas jam 6 petang ini.

Exco pelaburan dan perdagangan Teresa Kok mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM32,830.67, sementara jumlah tanggungannya RM2,246.92 sebulan.

Exco hal-ehwal agama Dr Hassan Ali pula RM17,722.08 (pendapatan) dan RM12,781 (tanggungan).

Exco pelancongan Elizabeth Wong, yang sedang bercuti susulan isu foto bogel, mendapat RM17,722.08 dan membayar hutang kad kredit RM2,000 sebulan.

Exco perumahan Iskandar Abdul Samad RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,527 (tanggungan).

Rodziah Ismail, exco kebajikan, RM18,122.08 (pendapatan) dan RM3,830.25 (tanggungan).

Ronnie Liu Tian Khiew, exco kerajaan tempatan, RM20,722.08 (pendapatan) dan RM4,657 (tanggungan).

Exco pertanian Yaakob Sapari mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM1,598.99.

Exco kesihatan Dr Xavier Jayakumar RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,270 (tanggungan). 

Exco pendidikan Dr Halimah Ali mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM7,238.50.

Semua maklumat pendapatan barisan exco ini tidak termasuk perolehan pasangan masing-masing.

Maklumat aset menteri besar sendiri bagaimanapun setakat 8.45 malam ini belum dimuatkan di laman web tersebut.

Perisytiharan itu dititahkan dalam ucapan Sultan Selangor sewaktu baginda merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) awal minggu ini.

6 didakwa hina Sultan, seorang mengaku bersalah


Seorang pembantu makmal mengaku bersalah menghina Sultan Azlan Shah melalui Internet dan didenda RM10,000.

Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Jika gagal membayar denda tersebut, Azrin berdepan dengan hukuman penjara lima bulan.

Di mahkamah yang sama, Muslim Ahmad didakwa atas tuduhan yang sama. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Muslim dibebaskan dengan ikatjamin RM3,000. Kesnya akan disebut pada 8 April.

Manakala di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang.

Di Sabah, seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira jam 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau dibenarkan ikatjamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 bersama dua penjamin. Kes itu akan dibicarakan pada 25 dan 26 Mei depan.

Manakala di Petaling Jaya pula, seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Menurut Utusan Online, Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini.

Saturday, February 21, 2009

KES LIZ WONG: TELAN MATI EMAK, LUAH MATI BAPAK….

Kes Elizabeth Wong: Puak liberal akan berkata, tak payahlah berhenti. Kelompok idealis akan respons, kalau boleh, berilah peluang dia teruskan tugas. Golongan realis akan mendesak, dia mesti kosongkan kerusi Exco Selangor dan DUN Bukit Lanjan dengan serta merta.

Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apa komen Lim Kit Siang? Apa reaksi Datuk Seri Hadi Awang? Adakah mereka berpendirian liberal? Adakah mereka golongan idealis? Bukankah mereka kelompok realis?

Kita tunggu reaksi, sikap dan pendirian ketiga-tiga pemimpin utama PR mengenai kes ini. Sebagai pemerhati, saya dapati inilah kes pukulan maut - di telan mati emak, diluah mati bapak. Dan, kes ini juga mungkin membawa kesan domino kepada beberapa personaliti lain yang kini sedang digerhanai oleh kes-kes yang membabitkan soal moraliti mereka.


Saturday, February 14, 2009

KEMELUT PERAK: ANTARA REALIS DAN IDEALIS

Manusia wujud dalam sistem anarki kemanusiannya. Sistem yang semulajadi ini menyebabkan kepelbagaian ragam manusia dalam mentafsir sesuatu situasi, mentakrif sesuatu perkembangan atau menyelesaikan sesuatu kemelut. Sebab itu muncul pelbagai kelompok manusia – sekurang-kurangnya kelompok oportunis, pragmatis, realis dan idealis.

Kesemua kelompok ini mempunyai persepsi, kaedah dan cara yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu kemelut. Tetapi, kesemuanya juga mempunyai persamaannya. Semua kelompok ini menjadikan faktor kepentingan dan kelangsungan (survival) sebagai pemangkin tindakan masing-masing.

Pihak oportunis lazimnya tidak mementingkan ideologi atau nilai-nilai moral. Mereka bertindak seperti bulldozer. Motivasi keputusan dan tindakan mereka adalah keuntungan material yang segera untuk menjamin kepentingan dan kelangsungan mereka.

Manusia pragmatis lazimnya berprinsip. Tetapi, demi sesuatu keuntungan material atau bukan material, mereka sanggup menggadaikan prinsip mereka. Lantas, mereka pun jadi lalang – bergerak dan melentok-liuk ikut tiupan angin. Jadi, kelompok ini juga bergerak dan bertindak demi kepentingan dan kelangsungannya.

Kumpulan realis memang ideological. Mereka rela mencaturkan politik kuasa, tanpa mengira nilai-nilai moral, semata-mata untuk memperolehi kuasa, menebus semula kuasa yang hilang atau mempertahankan kuasa. Dalam lain-lain perkataan, kelompok ini sanggup mengaplikasikan doktrin Machaivelli demi kepentingan dan kelangsungannya.

Puak idealis juga ideological. Mereka juga menitikberatkan soal kepentingan, kelangsungan dan kekuasaan. Tetapi, kaedah mereka tidak Machiavellian, kurang berkonfrontasi dan berat untuk mengenepikan nilai-nilai moral. Puak ini percaya kepada prinsip-prinsip musyawarah, muzakarah, menghalusi punca masalah dan mengenalpasti jalan terbaik untuk meleraikan sesuatu kemelut supaya wujud situasi menang-menang di mana yang untung tidak untung segala-galanya, dan yang rugi tidak rugi kesemuanya.

Semua kelompok ini wujud dalam kerangka siasah Perak pada hari ini,. Tetapi, kelompok oportunis, pragmatis dan realis lebih menonjol impaknya daripada kumpulan idealis. Itulah realitinya.

Fikir-fikirkanlah realiti ini sebaik-baiknya kerana di sebalik keputusan telah diambil dan di sebalik tindakan yang telah dilaksanakan, mungkin wujud jerangkap samar atau bom jangka yang amat padah impaknya.

sumber: Dato' Ruhanie Ahmad

Thursday, February 5, 2009

Ku Li: Dont Take Power by Dubious Means


Ku Li: Not right way to take power


Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah has warned party leaders that gaining the Perak state government without resorting to elections would result in enmity of the Perak voters come the next general election.

Razaleigh, who is also Gua Musang MP, said Umno and BN should try and win the hearts of the people and not gain the government by dubious means.

"If the Ruler decides not to accede to the MB's request for the dissolution of Parliament, and BN is invited to form a state government on the basis of these dubious crossovers, I think it would anger a large section of the Malaysian public," said the Kelantan prince in his blog.

"Our taking control without resorting to elections would cement the enmity of the very people we should be trying to win back at the next election. Come the next general election, they are likely to reject both our state and parliamentary candidates with greater vehemence, and not just in Perak."

Calling the BN celebration as "premature", Razaleigh said the constitution states the role of the Ruler in crisis must be respected.

He said the Sultan of Perak is sworn to uphold and protect this constitutional process and the Ruler's powers and those of the legislative assembly act as checks and balances on each other to prevent abuse of power.

"Defections are not the basis for the formation of a government. Elections are."

Wednesday, February 4, 2009

Islam bukan komoditi tawar-menawar


"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." Surah ar-Ra’d

Agen-agen anti-perubahan sedang bekerja keras untuk menghalang perubahan berlaku. Mereka membuat komplot dan konspirasi gelap agar segelintir yang berkuasa terus bertakhta di persada dan akan terus merompak khazanah negara. 

Rakyat bukannnya agenda utama mereka. Mereka tidak pernah pun peduli akan nasib rakyat. Biarlah rakyat merana terkangkang dek kenaikan harga minyak. Biarlah rakyat kelaparan kerana harga beras, gula dan tepung naik. Apa mereka peduli?

Yang maha penting bagi mereka adalah terus berkuasa! Berkuasa! Berkuasa! 

Tanggal 8 Mac membawa arus igauan buruk kepada mereka. Perubahan menjadi mantera. Perkataan "perubahan" meniti di bibir setiap insan bernyawa di negara bertuah ini, tidak kira kaum dan agama, semuanya melaungkannya. 

Kerana keazaman yang teguh dan desakan rakyat yang kuat, yang mahu perubahan tidak terhenti setakat pada tarikh keramat 8 Mac. Maka lahirlah Pakatan Rakyat, gabungan tiga buah parti politik - PAS, DAP dan PKR. 

Ketiga-tiga parti yang mempunyai fahaman berbeza tapi mengakui hakikat betapa pentingnya untuk bersatu dan bekerjasama. 

Bersatu atas prinsip keadilan sejagat yang bukan sahaja sentiasa dituntut oleh Islam tetapi juga oleh semua agama.

Peluang ini sememangnya benar-benar sebuah Harapan Baru. Harapan Baru yang melampaui slogan yang dilaungkan semata-mata. 

Rakyat Malaysia pada tanggal 9 Mac menghirup udara segar harapan ini. Harapan untuk melihat Malaysia yang bebas, harapan untuk mendapatkan hak mereka sebagai warganegara dan harapan untuk mengorak ke hadapan dengan semangat patriotisme yang baru. 

Semangat ini makna baru kepada rasa bernegara iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama mengimpikan ruang yang adil dan saksama untuk menyumbang dalam bidang pendidikan, ekonomi dam kebudayaan negara ini.

Aspirasi ini adalah aspirasi yang dikongsi bersama semenjak beberapa bulan yang lalu dan semakin hari semakin tinggi keinginan ini untuk melihat sebuah kerajaan baru. 

Bila saja tersebar berita bahawa ada usaha memujuk ahli parlimen BN untuk beralih arah dan meninggalkan Barisan Nasional, rakyat menyambutnya dengan sokongan penuh. 

Rakyat sedang melihat dengan dekat perubahan yang bakal terjadi. Dukungan terhadap proses peralihan kuasa mula merebak. 

Tuntutan perubahan sudah tidak boleh ditahan lagi. Kerjasama Pakatan Rakyat dilihat sebagai wahana bagi seluruh rakyat Malaysia yang mahu kepada perubahan yang menyeluruh. 

Umno yang menerajui Barisan Nasional sudah gementar. Mereka dengan pantas bertukar menjadi antik sejarah. Umno dan Barisan Nasional adalah tajuk perbualan lapuk dan membosankan. 

Orang muda melihat Umno dan Barisan Nasional sebagai warisan purbakala, yang tidak mampu menjadi contoh yang baik kepada rakyat Malaysia. Umno sudah dikalahkan oleh rakyat!

Kegelisahan melihat kemaraan rakyat membuatkan Umno mula bertindak ekstrem. Mereka sedar mereka harus memecahkan kerjasama Pakatan Rakyat. 

Peristiwa tahun 1998 memberi inspirasi. Mereka berfikir ligat dipandu nafsu untuk terus berkuasa. Tawaran pun dibuat kepada PAS atas alasan permuafakatan Melayu dan Islam. 

Ternyata harapan rakyat meleset. PAS benar-benar berjumpa Umno. Pertemuan itu diberi label "muzakarah" namanya (kemudian ditukar "muqabalah"). 

Media arus perdana milik Umno tidak henti-henti memaparkan berita permuafakatan dan muzakarah. Slogannya "Melayu perlu bersatu!" Agama Islam harus menjadi pertimbangannya! 

Amanah rakyat sudah dikhianati. PAS bersemuka dengan Umno dan bermuka-muka dengan rakan-rakan lain seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. 

Islam dijadikan komoditi tawar-menawar. Tawar-menawar bagi membolehkan orang kuat PAS menjadi timbalan perdana menteri dan seorang tua dari Terengganu yang hampir pupus nyawa politiknya menjadi senator dan kemudiannya dilantik menjadi menteri kabinet. 

Murah sungguh harga perjuangan politik pimpinan segelintir ini. 

Mereka sebenarnya bukan memperjuangkan Islam dan Melayu.

Apakah Tuan Guru Hj Hadi AWang sendiri sudah lupa akan "Amanat Hj Hadi" yang tersohor itu? Jangan berlindung di sebalik tabir perkataan seperti dakwah dan Islam. 

Yang menjadi sebab PAS bermuzakarah dengan Umno ialah untuk perkongsian kuasa atau kerajaan campuran. PAS mulai risau dengan perkongsian kuasa formula Pakatan Rakyat. 

Mereka tidak senang duduk melihat terlalu banyak parti dan aliran, apatah lagi jika kemasukan ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. 

Sedangkan kejamakan aliran dan parti merupakan petunjuk kepelbagaian yang sememangnya wujud dalam lapisan sosial dan politik masyarakat Malaysia. 

Mereka risau mereka hanya akan mendapat bahagian yang kecil sahaja daripada Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku tidak sepatutnya terjadi. Janji harus dipegang dan komitmen harus sentiasa dipupuk di antarasa sesama saudara dalam Pakatan Rakyat. 

Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Pakatan dan ini adalah amanah besar yang perlu dijaga. Jika ada yang mengkhianati amanah ini, rakyat sendiri yang akan menjadi hakim.



Monday, February 2, 2009

LAWATAN KERJA DATO' MUSTAPA MOHAMED KE KG. SUNGAI DURIAN PADA 2 FEBUARI 2009

1)Y.B. Dato' Mustapa,  Sdr Faisal (NKP Pasir Puteh) dan Ariff  berbincang di majlis tersebut

2) Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Sdr. Faisal bersembang dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B. Dato' Mustapa Mohamed

3) Kelihatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Y.Brs. Cikgu Zawawi, Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Sdr. Faisal dan sebilangan PPM di majlis tersebut.

4) Ariff, Sdr. Faisal dan rakan

5) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Sdr. Amin bersama Naib Ketua Pemuda, Sdr. Faisal serta AJK Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh pada sesi perbincangan sebelum kunjungan ke tapak projek ternakan lembu tenusu 





Sunday, February 1, 2009

LAWATAN KERJA YB DATO MUSTAPHA MOHAMED

Lawatan Kerja Menteri Pertanian & Asas Tani YB. Dato Mustapha Mohamed akan datang ke Kampung Sg. Durian, Selising P.Puteh untuk melawat tapak projek Lembu Tenusu

Pada : 2hb Feb 2009
Jam : 8.00 Pagi
Tempat : Kg. Sungai Durian Selising Pasir Puteh.


Orang Ramai Di jemput hadir... !!!!

MENGAPA YAHUDI BIJAK

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda! 

Mengapa Yahudi Bijak? 


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital 

disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis 

ini, iaitu engapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan 

berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat 

ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di 

dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, 

perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. 

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari 

untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? 

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah 

manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? 

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat 

sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan 

ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang 

setepat mungkin. 

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan 

awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan 

dengan bangsa dan kaum kaum lain. 

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah 

mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang 

ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku 

metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan 

kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya 

kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya 

memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya 

bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, a, ini untuk 

anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia 

menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut 

perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh 

beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. 

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung 

beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah 

hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul 

dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik 

untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang 

dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. 

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi 

semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. 

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara 

pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan 

ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak 

akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak 

elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. 

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum 

memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda 

akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan 

kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita 

merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. 

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan 

sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah 

mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan 

menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat 

pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( 

bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami 

bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik 

pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!) 

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi 

cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan 

menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi 

sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris 

dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu 

kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat 

meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. 

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk 

otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. 

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan 

perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi 

saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan 

boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di 

tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi 

mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut 

teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara 

disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. 

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid 

ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala 

projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti 

dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan 

dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. 

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat 

mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun 

diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan 

memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap 

kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, 

dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka 

tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta 

design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. 

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu 

caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat 

mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di 

Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau 

menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. 

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai 

adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran 

mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! 

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg 

berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea 

yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari 

jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan 

mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, 

DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai 

ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari 

fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan 

digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah 

saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor 

pakar. 

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh 

dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi 

mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu 

melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik 

klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg 

baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak 

kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak 

mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, 

seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. 

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan 

mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat 

memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk 

perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan 

perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan 

menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi 

pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi 

pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah 

pulau sebesar Manhattan!! 

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah 

menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, 

dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung 

anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan 

hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti 

terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah 

mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar 

sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di 

pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah 

sendiri. 

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi 

itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu 

politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan 

jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan 

ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya 

kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, 

ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, 

pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. 

Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia 

untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. 

Dr. Stephen Carr Leon

Perutusan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh

Saturday, January 31, 2009
PERUTUSAN YBHG KETUA UMNO BAHAGIAN P.PUTEH

alhamdulillah….Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh ingin melafazkan rasa syukur saya kepada Allah Taala dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli UMNO kerana sudi memilih saya dan barisan kepimpinan UMNO bagi mentadbir dan menyelaras UMNO Bahagian Pasir Puteh kali ini. Pada pendapat saya,selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, kepimpinan UMNO sekarang, hanya perlu berkhidmat kepada ahli dan penyokong UMNO sahaja, baik dari segi kebajikan dan sebagainya dan bagi kebajikan rakyat keseluruhannya itu tertakluk kepada perkhidmatan wakil rakyat yang telah di pilih dalam pilihanraya umum Mac 2008 lalu …
segala pasarana dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat, seperti jalan-jalan kampong dan kegiatan ekonomi setempat adalah tanggungjawab wakil rakyat yang ada pada hari ini.Wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara umumnya itu harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebenarnya.Bagi UMNO ianya tidak menjadi tanggungjawab utama pada ketika ini. Ianya hanya akan berubah jika ada ahli UMNO yang dipilih sebagai wakil rakyat di bawah payung Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang nanti.Walau macam mana pun UMNO tidak akan membelakangkan kepentingan orang melayu secara total. Kita akan berusaha supaya rakyat memahami apa erti perjuangan UMNO yang sebenarDalam setiap perjuangan pasti ada halangan dan ancaman.
Selaku Ketua UMNO Bahagian, saya melihat ancaman itu datangnya dari berbagai pihak…..
yang pertamanya ancaman dalaman iaitu dari ahli UMNO sendiri yang tidak dapat menerima hakikat dan keputusan dalam proses demokrasi UMNO yang berlaku pada November tahun lepas. Saya memohon dan berharap agar mereka ini menerima dengan hati yang terbuka demi menjaga keutuhan UMNO.
Ancaman yang kedua ialah dari sesetengah pengawai-pengawai kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa dan menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan membuat perhitungan dan keputusan sehinggakan kerajaan yang ada pada hari ini, tidak lagi dihormati oleh golongan sasar dan rakyat. Mereka sepatutnya menyokong dan mendokong kerajaan BN seperti mana pengawai-pengawai kerajaan negeri yang menjadi jentera pada parti PAS. Saya berharap, pengawai-pengawai kerajaan persekutuan ini, dapat memberi kerjasama dan sokongan serta menjadi jentera pada kerajaan BN yang di dokong oleh parti UMNO. Ancaman ketiga ialah ancaman tetap kepada kami iaitu parti PAS,KEADILAN dan DAP (PAKATAN RAKYAT) yang mana hari ini tidak mempunyai paksi perjuangan yang kukuh….PAS dengan retorik islamnya….. KEADILAN dengan hak sama ratanya dan DAP dengan dasar yang tidak mahukan kepada sebuah negara Islam.Pada pendapat saya, sesebuah negara diibaratkan seperti sebuah keluarga yang mana keharmonian dan kebahagian keluarga itu bergantung kepada susun galur dan sikap saling menghormati di antara ahli-ahli di dalam keluarga itu sendiri. Hari ini orang Melayu menjadi bapa manakala bangsa Cina menjadi ibu dan bangsa India sebagai anak sulung sementara bangsa lain menjadi adik-adik kepada bangsa India.

Jika hari ini, ibu dan anak-anak tidak lagi menghormati bapa…. maka kehancuran institusi keluarga akan terjadi. Perkara ini juga akan berlaku kepada negara kita apabila bangsa bangsa dalam negara kita tidak ada sifat saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.Ini terjadi apabila ada sesetengah parti menggunakan kesempatan membuka ruang dan menjanjikan kelebihan kepada kaum- kaum minoriti bagi menjayakan kehendak mereka dan akhirnya akan berlaku suasana yang tegang di antara kaum.Sebagai contohnya hak tanah di negeri Perak dan juga perlantikan ahli majlis perbandaran di Selangor yang memberi kelebihan kepada kaum lain yang mana akan mencabar kesabaran kaum Melayu. Wahai rakyat Malaysia, kita perlu ingat dan bersyukur kerana bangsa Melayu yang telah di beri tanggungjawab untuk menjaga bangsa-bangsa lain di negara ini dan telah berjaya melaksanakannya dengan begitu baik sekali, jangan sesekali kita memperjudikan nasib kita untuk merubah suasana negara kita. Melayu akan bangkit apabila tertekan tidak kira apapun fahaman dan akhir sekali susahlah kehidupan kita semua ketika itu, tidak ada guna lagi wang yang berjuta serta harta benda yang bertimbun apabila keamanan dan ketenteraman sudah tiada lagi.

Ketika ini rakyat Palestin telah dan sedang dihancurkan oleh zionis dalam proses penghapusan etnik di Semenanjung Gaza…saya menyeru kita semua agar menentang zionis yang dilindungi oleh Amerika untuk menentang mereka secara bijak iaitu dengan menggunakan akal dan fikiran yang difitrahkan oleh Allah Taala kepada kita. Maka dengan ini kita mesti menolak mana-mana kumpulan atau individu yang berada di negara kita yang menjadi tali barut kepada Amerika yang mungkin pada hari ini ada yang menjadi pemimpin mana-mana pertubuhan di negara kita. Maka kita perlu mempunyai deria yang tajam untuk mengenalpasti pemimpin-pemimpin tersebut dan kita harus menolaknya supaya negara kita tidak akan menjadi boneka orang-orang Yahudi dan Amerika nanti.Renung-renungkanlah…dan fikir fikirkanlah mana pemimpin yang dimaksudkan itu………………………………………………..

Akhir kalam…marilah kita BERSATU demi membawa PERUBAHAN kepada negeri kita (KELANTAN) yang kita sayangi ini. Kita perlu berubah…demi kita menjaga kesucian agama kita dan bangsa kita.Sekian.Wassalam

Jangan Cabar Islam

KENAPA ADA YANG MASIH DEGIL DAN MENCABAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Today at 14:52
Jangan cabar Islam

Oleh Shamsiah Zulkafli
shamsiah.zulkafli@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Jangan cabar kesucian Islam. Jangan bangkitkan kemarahan umat Islam.

Peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.

Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

‘‘Ada pemimpin bukan Islam yang minta kebenaran supaya perkataan Allah digunakan dalam akhbar itu dengan alasan mengambil contoh Indonesia yang lebih bebas dalam isu agama.

‘‘Ini Malaysia, jangan samakan dengan negara lain, kita adalah sebuah negara Islam seperti termaktub dalam perlembagaan. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” tegasnya pada majlis pelancaran Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.

Kata Dompok, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.

Menurut Ahmad Zahid, cubaan untuk menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah dalam penerbitan akhbar agama mereka bukan sahaja menyalahi Perlembagaan Persekutuan, malah tindakan itu seperti mempunyai agenda tertentu.

“Apa tujuan mereka? Sejak dulu lagi, sudah termaktub dalam undang-undang mereka tak boleh berbuat demikian,” tegasnya.

Menurut Ahmad Zahid, perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam yang sengaja membangkitkan isu itu seolah-olah cuba mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan, penganut agama lain di negara ini juga dilarang menyampaikan dakyah agama mereka kepada umat Islam di negara ini.

‘‘Masyarakat bukan Islam perlulah hormati keputusan ini kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, sekiranya kesucian Islam terus dicabar, masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik akan bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

‘‘Jangan cuba bermain api, jangan cabar umat Islam, kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan agama suci ini,” kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam supaya bersatu bagi menangkis pandangan pihak luar yang menganggap masyarakat Islam lemah.

Sementara itu, Wan Mohamad ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu Herald Catholic berkata, semua pihak perlu menghormati prosedur undang-undang yang sedang berlangsung tanpa menimbulkan sebarang kenyataan.

‘‘Kes ini sedang berjalan, mereka ini juga bukanlah orang istimewa sehingga boleh mengatasi undang- undang.

‘‘Malah mereka juga terdedah kepada kemungkinan menghina mahkamah jika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.